29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Demo diteruskan walaupun ada Sidang Kemuncak Asean

    Shopee Sale

    Perhimpunan antikerajaan bagi “mempertahankan kepentingan Melayu” di ibu negara Sabtu ini tetap diteruskan walaupun tarikhnya bertindih dengan Sidang Kemuncak Asean pada 23 hingga 28 Mei.

    Aktivis politik Syed Hassan Syed Ali berkata mereka sedar terdapat penutupan jalan secara berperingkat di sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh itu, namun yakin ia tidak menghalang kehadiran orang ramai.

    Mewakili kumpulan dinamakan “Sekretariat Gabungan NGO Melayu-Islam”, Syed Hassan berkata mereka juga tidak berniat mengganggu persidangan Asean.

    “Hanya kebetulan tarikh itu bertindih, percayalah NGO kami ini antara yang disiplin. 

    "(Kami) tidak suka buat huru hara, hanya ingin meluahkan kegusaran dan kegelisahan kami sebagai rakyat biasa yang melihat keadaan semasa negara yang dipimpin oleh kerajaan yang semakin hari semakin lama kita lihat merugikan kepentingan Melayu dan Islam,” katanya.

    Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Syed Hassan berkata pihaknya telah mengundang pemimpin daripada pelbagai parti politik sebagai simbol penyatuan Melayu merentasi parti.

    MENARIK:  CEO, 3 bekas akauntan GISBH mengaku tak bersalah 264 dakwaan ubah wang haram

    “Semua pemimpin politik dijemput dan boleh menghantar wakil untuk berucap,” katanya yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

    Kumpulan itu pada 13 Mei lalu mengumumkan perhimpunan itu bagi menyuarakan bantahan terhadap apa yang didakwa sebagai kegagalan kerajaan mempertahankan kepentingan Melayu-Islam.

    Antara isu yang dibangkitkan termasuk Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar (URA), yang didakwa berpotensi menggugat pemilikan tanah orang Melayu di bandar; serta isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru di ibu negara.

    Sementara itu, Syed Hassan berkata bahawa mereka telah menyerahkan surat makluman kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    “Kita mengharapkan kerjasama daripada pihak PDRM, dan mereka telah menerima surat yang dihantar. 

    Insya-Allah tiada halangan. Dan mereka sedia bekerjasama bagi memastikan kelancaran program,” jelasnya.

    Perhimpunan akan diadakan di empat lokasi iaitu Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Raja Laut serta Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah