31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwa tiada majlis tilawah Quran: Lelaki dikompaun RM25,000

    Shopee Sale

    Seorang lelaki dikompaun RM25,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana memuat naik kandungan palsu di Facebook berkaitan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran tahun ini.

    MCMC dalam kenyataan semalam memaklumkan individu terbabit dikenakan kompaun mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 apabila memuat naik status di Facebook dengan menyebut bahawa majlis tahunan anjuran kerajaan itu tidak diadakan kali ini setelah dipengaruhi pihak tertentu.

    “Individu tersebut turut menggunakan perkataan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R),” kata MCMC.

    Menurut agensi itu lagi, Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.

    Ia menyediakan peruntukan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

    MENARIK:  Nahas Gerik: Mangsa trauma lihat, dengar bunyi enjin bas

    “MCMC memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi media sosial.

    "Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat,” katanya.

    Sementara itu MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

    Orang ramai juga, katanya, perlu sentiasa berwaspada mengenai sebarang maklumat diterima dan merujuk kepada pihak berwajib atau sumber rasmi untuk pengesahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah