25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    2 suspek kes bunuh Sabari dihadap ke mahkamah esok

    Shopee Sale

    Dua suspek lelaki kes pembunuhan pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jitra, esok.

    Jurucakap polis dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua suspek berusia 38 dan 26 tahun itu akan dibawa ke mahkamah berkenaan pada 8.30 pagi esok.

    Sebelum ini, kedua-dua lelaki itu yang ditahan pada 27 Sept, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung kes khianat bakar kereta.

    Media sebelum ini melaporkan Sabari yang tinggal seorang diri di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling, hilang sejak 4 Sept dan kereta Proton Waja dinaikinya ditemukan hangus di Belantik, Sik pada 20 Sept.

    MENARIK:  Thailand lepasi sasaran 35 juta pelancong, jana 1.67 trilion baht

    Polis kemudian mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap berhampiran Kampung Empa di Wang Tepus, Jitra, dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat susulan penahanan dua lelaki itu.

    Operasi pencarian Sabari di kawasan sungai berkenaan dilaksanakan selama tiga hari, sebelum ditamatkan pada 3 Okt.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah