Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu di Sabah, setakat 4 petang tadi.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Jeli dan Kuala Krai di Kelantan, serta Jerantut dan Maran di Pahang, manakala di Sabah melibatkan daerah Telupid.
Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia, iaitu





