32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perolehan projek tentera darat: SPRM ambil keterangan tiga individu

    Shopee Sale

    SPRM telah merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung perolehan projek Tentera Darat, semalam.

    Menurut sumber, SPRM turut mempergiat siasatan berhubung kes terbabit yang dimulakan 23 Dis lepas dengan membuat semakan akaun disyaki terbabit rasuah perolehan.

    “Siasatan awal mendapati bermula 2023 sehingga 2025, perolehan Tentera Darat yang melebihi RM500,000 adalah sebanyak 158 projek manakala bagi perolehan di bawah RM500,000 pula 4,521 projek.

    "Semakan awal terhadap kesemua projek tersebut mendapati terdapat beberapa buah syarikat kerap memperoleh projek dengan nilai yang tinggi dan perkara terbabit agak meragukan,” katanya.

    Menurut sumber, semakan terperinci masih belum dilakukan mengenai profiling syarikat-syarikat yang menerima kontrak ini.

    Semalam, SPRM mengambil aduan dan merakam keterangan aktivis Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegubard  di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, kira-kira 12 tengah hari mengenai perincian maklumat yang beliau peroleh.

    MENARIK:  Pemuda PAS P Pinang mahu pengerusi PN negeri diganti

    Pada Selasa lepas, pegawai SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

    Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    Azam berkata semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah