28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Charles de Gaulle sedia gempur Selat Hormuz

    Shopee Sale

    Perancis menggerakkan kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle dan kapal peranang pengiringnya lebih hampir ke Selat Hormuz sebagai persediaan bagi misi maritim berkecuali, menurut Kementerian Pertahanan pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan bahawa armada berkenaan telah melalui Terusan Suez dan sedang menuju ke selatan Laut Merah.

    Pengerahan itu bertujuan memendekkan masa tindak balas bagi misi tentera laut pelbagai negara yang sedang disediakan di bawah kepimpinan Perancis dan United Kingdom, yang dijangka bermula selepas permusuhan di rantau itu berakhir.

    Misi pelbagai negara itu bertujuan mengiringi dan melindungi kapal dagang ketika melalui selat berkenaan.

    MENARIK:  Polis cekup pemandu lori lari sekatan jalan, dikejar 50km

    Lebih 40 negara telah menyatakan sokongan.

    Jerman pula mengerahkan kapal "minehunter" Fulda ke arah Mediterranean.

    Kementerian Pertahanan Perancis berkata pergerakan kumpulan kapal pengangkut pesawat itu akan menyokong tinjauan operasi dan persediaan misi, selain membantu meyakinkan pengendali perkapalan komersial.

    Kementerian itu menambah, pengerahan berkenaan boleh menyediakan pilihan tambahan untuk meredakan krisis dan memperkukuh keselamatan di rantau itu.

    Paris menegaskan bahawa pengerahan semula aset tentera lautnya tidak dikaitkan dengan konfrontasi ketenteraan yang sedang berlaku melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah