25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Calon bebas nafi diupah bertanding dalam PRK Kuala Kubu Bharu

    Shopee Sale

    PRK KKB | Calon bebas Nyau Ke Xin menyangkal dakwaan bahawa dia diupah oleh pihak tertentu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

    Nyau, 27, atau lebih mesra dipanggil sebagai Alice berkata tujuannya bertanding adalah kerana menginginkan perubahan dalam landskap politik tanah air.

    "Jangan terpedaya dengan kata-kata beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya tak pernah menjadi ahli di mana-mana parti politik.

    "Saya tak diupah oleh mana-mana pihak, sama ada MCA,DAP, Gerakan dan BN. Ini semua tak benar.

    "Saya seorang rakyat biasa yang ingin perubahan di dalam landskap politik yang saya percaya bermula di Kuala Kubu Bharu," katanya dalam satu hantaran di TikTOk.

    Malaysiakini turut menghubungi Nyau bagi mendapatkan respons berhubung dakwaan dia diupah oleh pihak tertentu untuk bertanding dan tidak kelihatan di kawasan DUN itu selepas penamaan calon.

    Bagaimanapun, anak kelahiran Sabak Bernam dan pengarah di sebuah syarikat logistik itu menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dirinya bukan "calon hantu".

    "Saya juga dihubungi oleh beberapa orang yang tak dikenali minta saya tarik diri. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak akan tidak tarik diri.

    MENARIK:  Penjimatan subsidi RON95 turun daripada RM8b jadi RM2.5-4b

    "Jika menang, saya yakin mampu membawa perubahan di Kuala Kubu Bharu," katanya lagi, sambil menambah rasa tidak puas hati dengan kerajan negeri turut menjadi faktor dia bertanding dalam PRK ini.

    Selain Nyau, turut bersaing merebut kerusi tersebut adalah Pang Sock Tau daripada PH, Khairul Azhari Saut (PN) dan Hafizah Zainudin (PRM).

    PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 11 Mei dan 7 Mei untuk pengundian awal.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah