27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bunuh Nur Farah: 7 Okt untuk serah laporan kimia, bedah siasat

    Shopee Sale

    Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan kimia dan bezah siasat bagi kes Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, bulan lalu.

    Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan tarikh berkenaan selepas timbalan pendakwa raya Asma Che Wan memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua laporan itu masih belum siap.

    “Laporan kimia dan bezah siasat masih belum siap dan saya memohon satu tarikh untuk sebutan semula kes,” kata Asma.

    Peguam Nur Aida Md Zainuddin yang mewakili Muhammad Alif turut mengesahkan perkara itu.

    Pada 26 Julai lalu anggota polis yang bertugas di Perak itu didakwa membunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris di ladang kelapa sawit SKC Kledang, Hulu Bernam antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang 15 Julai lepas.

    MENARIK:  MOT cadang pajakan tanah kilang MSM Prai dilanjutkan 10 tahun

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

    Ibu dan beberapa ahli keluarga Nur Farah Kartini turut hadir prosiding kes hari ini.

    Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam kira-kira jam 6 petang lima hari kemudian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah