24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Buka pusat khidmat di Padang Serai tak semestinya mahu bertanding – Saifuddin

    Shopee Sale

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pembukaan Pusat Khidmat Rakyat di Padang Serai bukan bermakna beliau akan bertanding di kawasan Parlimen itu pada pilihan raya akan datang.

    Sebaliknya, pusat khidmat itu bertujuan memudahkan akses rakyat di selatan Kedah kepada sebarang bantuan yang disalurkan kerajaan Persekutuan.

    “Tidak, itu terlalu awal (tentukan kerusi). Saya katakan tadi sebagai Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) saya ada pejabat di Kedah tapi di sana (Alor Setar), di sini di Kedah selatan jadi lebih mudah rakyat dapat akses.

    “Saya boleh jadi bertanding, boleh jadi tidak. Boleh jadi di sini, boleh jadi tempat lain. Jadi masih terbuka, saya tak ada sebut secara sah bahawa pembukaan pusat khidmat ini, di sini saya bertanding, tak ada sebut begitu,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Padang Serai, dekat Kulim, malam tadi.

    MENARIK:  PAS tak pernah tentang sekolah vernakular - Fadhli

    Saifuddin Nasution yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) sebelum ini pernah memenangi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, namun tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15.

    Sementara itu, selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah beliau berkata parti itu akan memperkemas gerak kerja sepanjang tahun ini dan menjadi pembangkang yang efektif di negeri berkenaan.

    Beliau berkata selaku pembangkang di Kedah, tugas wakil rakyat PH di Kedah bukan sekadar mengkritik, tetapi juga memberi penyelesaian kepada permasalahan rakyat.

    “Berbeza di pusat, di Kedah kita pembangkang. Jadi kita perlu memainkan perananan efektif sebagai semak dan imbang, jadi perlu bermula dengan organisasi yang kemas dan maklumat tepat.

    “Selepas tiga tahun sebagai Pengerusi Bersama MTPN Kedah saya boleh pantau pencapaian projek kerajaan Persekutuan, jika ada masalah berlaku yang membabitkan negeri, kita akan sampaikan,” katanya.

    -- BERNAMA

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah