32.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bot persiaran Tasik Putrajaya terbakar ketika diselenggara

    Shopee Sale

    Sebuah bot persiaran Tasik Putrajaya terbakar ketika berada di Pusat Penyelenggaraan Bot di Presint 19 petang tadi.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bot persiaran itu berada di pusat penyelenggaraan bot, dan tiada mangsa terlibat dalam insiden tersebut.

    Menurut JBPM, Pusat Gerakan Operasi Putrajaya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 5.18 petang dan sepasukan anggota dengan kekuatan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14 serta Presint 7 digerakkan ke lokasi kejadian.

    MENARIK:  JP Morgan naikkan penarafan Malaysia kepada ‘neutral’

    "Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran hos dengan sumber air daripada tangki jentera serta satu aliran buih bagi mengawal kebakaran," menurut kenyataan itu.

    Terdahulu, Ahli Parlimen Putrajaya Dr Radzi Jidin memuat naik video berdurasi 19 saat yang memaparkan kejadian itu di laman Facebook.

    "Semoga semua yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan segala tindakan susulan dipermudah," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah