25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mkini cuma saksi kes KJ – Fahmi

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menafikan Malaysiakini turut menjadi sasaran bersama bekas menteri Khairy Jamaluddin yang sedang disiasat berhubung episod podcast Keluar Sekejap.

    “Saya difahamkan pihak Malaysiakini bukan (sasaran siasatan) tetapi mereka adalah saksi dan bukan sasaran.

    “Mungkin berdasarkan maklum balas yang diterima oleh polis daripada Jabatan Peguam Negara mengenai kertas siasatan yang telah dihantar dalam kes berkenaan,” katanya seperti dipetik oleh media tempatan.

    Semalam, polis merampas sebuah komputer riba daripada Malaysiakini untuk membantu siasatan, manakala Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman turut merekodkan kenyataan daripada editor eksekutif portal berita ini, RK Anand, berkaitan kes tersebut.

    Siasatan terhadap Khairy dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan hantaran jelik.

    MENARIK:  AADK buka ruang luas rawatan, pemulihan sukarela

    Kes ini susulan laporan polis yang dibuat oleh Suraya Yaacob, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berhubung artikel Malaysiakini yang memetik komen Khairy tentang isu titah adendum Najib Razak dan kesannya terhadap krisis kepercayaan dalam Umno.

    Selain itu, Malaysiakini dijadualkan menghadiri pertemuan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Putrajaya untuk memberikan akses kepada sistem pengurusan kandungannya (CMS). Kegagalan mematuhi arahan tersebut dianggap sebagai satu kesalahan.

    Fahmi turut menjelaskan cuma MCMC bertindak sebagai agensi teknikal membantu polis, menuruti arahan daripada Jabatan Peguam Negara.

    “(Rampasan komputer riba itu) untuk membantu dalam proses siasatan setelah siasatan selesai ia akan dipulangkan, tidak ada masalah," jelas Fahmi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah