27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN bakal ketengahkan calon MCA, PBRS dalam PRN Sabah

    Shopee Sale

    Selain Umno, BN akan menampilkan calon daripada MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 tidak lama lagi.

    Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata terdapat kemungkinan untuk calon daripada MIC tidak bertanding kerana mengambil kira jumlah pengundi India yang kecil di Sabah.

    ‎"Calon BN kebanyakannya insya-Allah muka baru, di samping kita kekalkan muka lama dan kita akan ramaikan juga (calon daripada) golongan profesional untuk menjadi calon BN.

    ‎"Kerjasama antara PH dengan BN telah kita muktamadkan dan tidak ada pertindihan kerusi," katanya ketika ditemui selepas program Outreach Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), di Kuala Selangor hari ini.

    MENARIK:  'Bukan PAS, tapi Bersatu yang amal politik mullah, kuku besi'

    Mengenai jumlah kerusi yang bakal ditandingi BN nanti, Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu akan diumumkan pada hari penamaan calon kelak.

    Pada 6 Okt lepas, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberikan laluan kepada PRN ke-17 dilangsungkan.

    DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Adun yang dilantik.

    Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada 16 Okt ini bagi membincangkan beberapa tarikh penting dan perkara lain berkaitan dengan PRN berkenaan.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah