28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BM di sekolah: Ada pihak cuba cetuskan kekeliruan

    Shopee Sale

    Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, membidas beberapa pihak yang membuat persepsi tidak benar mengenai isu yang dibangkitkan lembaga sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) 11 sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) dan sekolah menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

    Dia yang juga menteri komunikasi berkata isu sebenar yang dibangkitkan oleh pihak terbabit ialah mengenai dasar pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) bagi pengajaran Matematik dan Sains, bukan menghapuskan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

    “Saya difahamkan isu yang berbangkit adalah berkaitan bantahan PIBG mengenai dasar DLP bagi pengajaran Matematik dan Sains, bukannya menghapuskan sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

    “Apa yang mereka (PIBG) sampaikan itu adalah pandangan dan bantahan mereka supaya sekolah-sekolah mereka diteruskan DLP dalam bahasa Inggeris (Sains dan Matematik), itu yang mereka maksudkan,” katanya.

    Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Sembang Santai Komuniti Madani Parlimen Nibong Tebal di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan hari ini.

    Menurut Fahmi bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan lembaga sekolah dan PIBG itu,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bertemu dengan pihak-pihak terbabit untuk membincangkan secara baik perkara berkenaan dalam masa terdekat.

    “Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan timbalannya Wong Kah Woh sendiri akan turun menemui pihak terbabit bagi membincangkan secara baik perkara itu,” katanya.

    MENARIK:  Tok dalang perempuan? Ya, inilah Wayang Women

    Fahmi turut berkata berdasarkan laporan sentimen pagi tadi, ada beberapa pihak mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman, sekali gus membuat tohmahan tidak harmoni berhubung isu itu.

    Justeru dia telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti komen-komen di media sosial yang telah dibuat dan mengambil tindakan sekiranya ada mana-mana individu atau netizen yang meletakkan komen bersifat 3R.

    “Saya tidak mahu mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh, yang cuba mempolitikkan dan mengambil sikap untuk menyentuh 3R (kaum, agama, raja) berkenaan hal ini,” katanya.

    Semalam, media tempatan melaporkan lembaga sekolah serta PIBG dari 11 SMJK dan SMC di Pulau Pinang meminta KPM menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal DLP dalam Sains serta Matematik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah