33.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bicara kes rasuah anak Hamzah Zainudin bermula Mac 2025

    Shopee Sale

    Perbicaraan kes perunding bebas Muhammad Faisal Hamzah yang juga anak kepada bekas menteri dalam negeri Hamah Zainudin yang didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000 akan bermula 24 Mac tahun depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

    Hakim Rosli Ahmad menetapkan tarikh perbicaraan selama 15 hari pada 24 hingga 28 Mac, 14 hingga 18 April dan 21 hingga 25 April 2025 selepas Pegawai Pendakwa daripada SPRM Ikhwan Zaudii Nordin memaklumkan pihaknya telah menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada pembelaan.

    "Pihak pendakwaan akan mengemukakan kira-kira 21 saksi," katanya pada prosiding sebutan kes itu hari ini.

    Peguam Chetan Jethwani yang mewakili tertuduh mengesahkan perkara berkenaan dan memohon satu tarikh pengurusan kes sebelum perbicaraan bermula bagi memuktamadkan dokumen berkaitan kes dan pernyataan saksi.

    Sehubungan dengan itu, mahkamah menetapkan 21 Feb 2025 untuk pengurusan kes.

    Muhammad Faisal, 40, didakwa menerima wang berkenaan daripada Izmir Abd Hamid sebagai upah bagi Heitech Padu Berhad melantik Syarikat Rimba Merpati dan Syarikat Per My Solutions sebagai konsultan pemasaran disebabkan pengaruh yang dimiliki tertuduh.

    MENARIK:  Ibu, bapa tiri dera kanak-kanak hingga mati didakwa esok

    Syarikat berkenaan dibayar komisen berjumlah RM700,000 selepas Heitech Padu dianugerahkan Tender Supply, Rental, Implementation, Training, Support and Maintenance of Security Infrastructure bernilai RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pejabat di pusat beli-belah, Jalan Dutamas 1 di Kuala Lumpur pada Mac 2018 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

    Jika disabitkan kesalahan, boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah