27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BHEUU tak terima sebarang makluman adendum

    Shopee Sale

    Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) sebagai urus setia kepada Lembaga Pengampunan mengesahkan bahawa ia tidak menerima sebarang dokumen tambahan atau adendum daripada pihak Istana Negara.

    Menurut kenyataan BHEUU, JPM, tiada dokumen tambahan yang berada dalam fail atau rekod rasmi mereka.

    “BHEUU, JPM juga tidak menerima sebarang pemakluman atau arahan rasmi daripada pihak Istana Negara berhubung perkara ini.

    “BHEUU, JPM menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai mengenai kedudukan atau perananan Lembaga Pengampunan adalah tidak wajar dan berpotensi mengundang tindakan sewajarnya. 

    “Langkah ini penting bagi memastikan integriti Lembaga Pengampunan terpelihara serta maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada masyarakat,” katanya.

    BHEUU juga menjelaskan bahawa ia  tidak berurusan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang -Undang dan Reformasi Institusi) mengenai apa-apa perkara berhubung Lembaga Pengampunan kecuali kepada Yang di -Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

    Malah jelasnya, menteri berkenaan juga tidak menganggotai Lembaga Pengampunan mahupun terlibat dengan apa -apa urusan pentadbiran atau pengurusannya termasuk apa-apa perkara lain berkaitan pengampunan mana -mana banduan.

    BHEUU juga memaklumkan bahawa prosiding dan maklumat berkaitan Lembaga Pengampunan adalah tertakluk sepenuhny a kepada Akta Rahsia Rasmi [Akta 88].

    MENARIK:  Malaysia catat kadar pengangguran terendah dalam 11 tahun

    “Semua dokumen yang berkaitan hanya boleh diakses oleh ahli -ahli Lembaga Pengampunan dan  individu yang diberi kuasa secara langsung oleh Lembaga tersebut.

    “Tiada mana -mana pihak lain, tanpa mengira kedudukan atau jawatan, mempunyai akses kepada dokumen -dokumen tersebut, sejajar dengan prinsip kerahsiaan dan integriti,” katanya.

    Menurut kenyataan itu, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah -Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

    “Peranan (BHEUU, JPM) adalah hanya sebagai urus setia kepada Lembaga Pengampunan. 

    “Lembaga Pengampunan bukan  sebuah agensi atau jabatan kerajaan di bawah BHEUU, JPM,” katanya.

    Ia seterusnya menjelaskan Lembaga Pengampunan wujud di semua peringkat negeri dan dipengerusikan oleh Sultan atau Yang di-Pertua Negeri bagi setiap negeri dengan setiap menteri besar atau ketua menteri turut menjadi anggota lembaga tersebut. 

    Bagi wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan  dan Putrajaya  pula, Lembaga Pengampunan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

    “Oleh kerana wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya dianggap sebagai entiti setaraf negeri, menteri yang bertanggungjawab bagi wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya menjadi anggota lembaga tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal (11) Perkara  42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah