31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Politik stabil bawah pimpinan Anwar pacu pertumbuhan ekonomi, kata Loke

    Shopee Sale

    Kestabilan politik Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim diyakini para pelabur sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya saing di peringkat global.

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata keupayaan Perdana Menteri mewujudkan kestabilan politik itu juga mendorong negara untuk fokus memperjuangkan agenda ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

    "Bagi kementerian ini, tugas saya membantu sektor logistik dan pengangkutan agar lebih maju dan berdaya saing, kejayaan pembangunan seperti ini atau pelaburan tidak akan berlaku jika kerajaan tidak stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Loke berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Golog's Smart Regional Halal Distribution Centre (Smart RHDC) di Enstek di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

    Selepas acara itu, Loke meneruskan jadualnya dengan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

    MENARIK:  Semakan kelayakan Penghargaan SARA bermula hari ini

    Program itu ialah inisiatif kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras selama dua tahun mentadbir dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah