32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas staf Astro pengsan, hadapi 743 pertuduhan ubah data akaun

    Shopee Sale

    Seorang bekas kakitangan sebuah stesen televisyen berbayar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas 743 pertuduhan mengubah suai sistem pangkalan data syarikat itu dengan menukar akaun pelanggan biasa kepada akaun korporat tanpa kebenaran.

    Bagaimanapun, tertuduh Nora Idayu Jaafar, 48, yang ketika itu bertugas di Astro, tiba-tiba rebah dan pengsan di dalam kandang tertuduh semasa pertuduhan ke-30 dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

    Susulan itu, mahkamah menetapkan 26 Jun untuk menyambung prosiding bagi meneruskan baki 713 pertuduhan.

    Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

    MENARIK:  7,174 mangsa banjir di Kedah malam ini

    Bagi 30 pertuduhan pertama, Nora Idayu yang bertugas di Unit Sokongan Komersial didakwa melakukan pengubahsuaian data dengan menukar 30 akaun pelanggan biasa kepada akaun korporat, yang mana beliau mengetahui perbuatan itu akan menyebabkan perubahan kandungan pangkalan data tanpa kuasa.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Astro, Menara Icon, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah