25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas PTD, dua isteri berbaju lokap serta bergari tiba di mahkamah

    Shopee Sale

    Seorang bekas Panglima Tentera Darat dan dua isterinya tiba di Kompleks Mahkamah Majistret di Putrajaya bagi urusan reman untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

    Mereka tiba di pekarangan kompleks mahkamah berkenaan menaiki sebuah van dan kereta milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 pagi.

    Ketiga-tiga individu, yang memakai baju lokap SPRM berwarna oren, serta bergari kemudian dibawa memasuki kompleks mahkamah oleh pegawai SPRM.

    MENARIK:  PAS dan sekolah vernakular: MP k'jaan sanggah Ahmad Fadhli

    Lelaki itu bersama kedua-dua isterinya ditahan pada 7 malam semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

    Pada 23 Dis lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

    Pada Selasa, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah