Penyanyi dan pelakon, Azeva Natassha menyifatkan ibunya yang juga penerbit, Datuk A Aida sebagai ibu terbaik di dunia atas segala pengorbanan dan sokongan yang diberikan kepadanya selama ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Janji Untuk Buat Semua Mama Suruh’ – Azeva Nekad Ceburi Industri Seni Demi Datuk A Aida
‘Terima kasih mama’

Menerusi hantaran di Instagram, Azeva, 25, meluahkan rasa syukur kerana sentiasa mendapat sokongan daripada ibunya yang tidak pernah mengongkong mahupun berkira dalam soal kehidupan serta kerjayanya.
Terima kasih mama tak pernah marah adik, tak pernah kongkong adik, tak pernah ambil satu sen pun duit adik walaupun mama layak dapat semuanya.
Mama sentiasa utamakan perasaan adik dulu daripada perasaan mama sendiri. Terima kasih sentiasa ada dengan adik walau macam mana susah jua keadaan.
Apa yang saya mahukan adalah untuk membuat mama sentiasa gembira. Terima kerana ‘Tanpa Rasa Jemu’ jadi mama terbaik. Awak adalah mama terbaik di dunia.
Dalam hantaran berasingan, Azeva sekali lagi menzahirkan penghargaan buat ibunya yang sentiasa sabar dan memberikan apa yang diperlukan.
Terima kasih juga sentiasa sabar dengan adik dan selalu beri apa yang adik mahukan. Tak pernah berkira dengan adik, tak pernah menghentik adik dan sentiasa nak yang terbaik untuk adik.
Maafkan adik, sebab buat mama tunggu 10 tahun untuk tengok adik sampai tahap ini dalam industri. Akhirnya adik dapat siapkan lagu dan filem mama.
Sumber: Instagram
The post ‘Mama Tak Pernah Marah, Kongkong & Ambil Satu Sen Pun Duit Adik’ – Azeva Hargai Pengorbanan A Aida first appeared on OHBULAN!.





