Membesar dalam keluarga yang cukup dekat dengan industri hiburan sememangnya memberi bintang baharu Azeva kelebihan dari segi pendedahan, kenalan dan peluang.
Namun bagi ibunya, penerbit popular Datuk A. Aida, semua itu tidak sepatutnya menjadi alasan untuk anaknya mengambil jalan mudah.
Sebaliknya, A. Aida mahu Azeva melalui proses pembelajaran yang betul supaya setiap peluang yang datang boleh disokong dengan kemampuan sebenar.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya Janji Untuk Buat Semua Mama Suruh’ – Azeva Nekad Ceburi Industri Seni Demi Datuk A Aida
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mama Tak Pernah Marah, Kongkong & Ambil Satu Sen Pun Duit Adik’ – Azeva Hargai Pengorbanan A Aida
Bakat Sudah Dikesan Sejak Usia 13 Tahun
Menurut A. Aida, dia mula menyedari potensi Azeva ketika anaknya berusia sekitar 13 tahun selepas mendengar sendiri ton suara yang dianggap unik.
Sejak itu, dia sudah beberapa kali memujuk Azeva untuk mencuba bidang nyanyian dan lakonan. Namun hampir 10 tahun juga permintaan itu ditolak kerana Azeva ketika itu tidak berminat untuk mengikuti jejak langkah keluarganya.

Biarpun memiliki syarikat produksi sendiri dan pengalaman puluhan tahun dalam industri, A. Aida tidak mahu menggunakan kedudukan itu untuk terus meletakkan Azeva sebagai bintang utama.
Baginya, peluang mungkin lebih mudah diperoleh kerana nama keluarga, tetapi penerimaan penonton tetap bergantung kepada sejauh mana seseorang artis mampu membuktikan kebolehannya.
. Best kan lagu ni, apa pendapat korang? Komen & follow OHBULAN! dan Xtrapedia untuk berita terkini. . #xtramy #xtratpedia #xtrapediaKR ♬ original sound – XTRA Tak Mahu Lakonan Nampak ‘Kayu’
Dalam bidang lakonan, A. Aida mahu Azeva bergerak secara berperingkat sebelum diberikan tanggungjawab lebih besar.
“Saya nak perkemaskan dan gilap lakonan dia. Biar dia berlakon sikit-sikit dulu supaya bila orang tengok, orang nampak kemampuan dia. Saya tak mahu lakonan dia jadi ‘kayu’ atau orang kata ‘kelaut’,” katanya.
Pendekatan itu juga digunakan A. Aida ketika menggilap bakat lain sebelum ini, termasuk Siti Khadijah Halim.

Hakikatnya, menjadi anak kepada individu berpengaruh dalam industri turut datang bersama tekanan tersendiri.
Setiap peluang yang diterima mudah dikaitkan dengan hubungan keluarga, sekali gus membuatkan kemampuan seseorang lebih cepat dipersoalkan. Justeru, A. Aida sedar bahawa Azeva perlu hadir dengan persediaan yang lebih kukuh sekiranya mahu membina nama yang boleh berdiri sendiri.
Muzik Pun Tidak Mahu Dilepaskan Terlalu Cepat
Strategi yang sama turut digunakan dalam perjalanan muzik Azeva. Selepas melancarkan single sulung Tanpa Rasa Jemu, A. Aida tidak bercadang untuk terus mengeluarkan karya seterusnya dalam masa singkat. Sebaliknya, dia mahu melihat dahulu sambutan terhadap lagu tersebut dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
Selepas itu barulah perancangan seterusnya diteruskan, termasuk lagu Sejiwa, duet bersama Zaki Yamani dan sebuah karya yang melibatkan Cik B.

Daripada muzik, lakonan sehinggalah pengacaraan, perjalanan Azeva dilihat cukup tersusun.
A. Aida mengakui dia merancang setiap langkah dengan teliti supaya anaknya tidak hanya muncul seketika kerana perhatian terhadap nama keluarga, tetapi mempunyai asas untuk bertahan lebih lama dalam industri.
Pada masa sama, dia juga memberi ruang kepada Azeva meneroka pengacaraan selepas melihat sendiri kemampuan anaknya berkembang dalam bidang tersebut.






