29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas pemimpin MCA salahkan Umno jadi punca Cina menjauh

    Shopee Sale

    Seorang bekas pemimpin MCA menyalahkan Umno sebagai punca partinya mengalami kemerosotan sokongan berterusan daripada penghundi Cina sejak kira-kira 20 tahun lalu.

    Bekas naib presiden, Ti Lian Ker, rentetan insiden – sebahagian besarnya membabitkan pemimpin Umno – bermula pada awal 2000 sebelum diburukkan lagi oleh aksi menghunus keris semasa perhimpunan agung parti tersebut pada 2005 dan 2007.

    Kata Ti, aksi sebegitu tidak sesuai untuk masyarakat Cina di negara ini.

    “Masyarakat Cina tersinggung dengan kejadian-kejadian ini, terutamanya selepas MCA memujuk masyarakat Cina menyokong Mahathir dalam perselisihannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah, dan kemudian supaya menyokong Abdullah Ahmad Badawi.

    MENARIK:  Polis panggil kanak-kanak letak paku, batu di jalan Semporna

    “Kami (MCA) yang bersama Umno turut dipersalahkan lalu binasa,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

    Ti berkata, ketegangan semakin memuncak pada 2006 apabila menteri kabinet bukan Islam terpaksa menarik balik memorandum yang menggesa perdana menteri ketika itu, Abdullah, untuk menjaga hak agama minoriti.

    Episod itu, katanya, mengukuhkan persepsi terhadap pengaruh MCA yang lemah dalam gabungan BN.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah