25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beberapa perjanjian akan dimeterai semasa lawatan Anwar – media India

    Shopee Sale

    Beberapa perjanjian dijangka ditandatangani antara India dan Malaysia semasa lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke New Delhi minggu depan, menurut laporan media India.

    Perdagangan, pelaburan, teknologi, keselamatan serantau, buruh, pertahanan dan pelancongan dijangka menjadi topik utama perbincangan antara Perdana Menteri India Narendra Modi dan Anwar, menurut laporan itu.

    Anwar pernah berkunjung ke negara itu pada Januari 2019 untuk menghadiri persidangan di New Delhi dan mengadakan pertemuan dengan Modi ketika itu, tetapi ini merupakan lawatan pertamanya ke India sejak menjadi perdana menteri pada 2022.

    Media India menekankan hubungan ekonomi dua hala yang kukuh, dengan nilai perdagangan semasa tahun fiskal 2022-23 (April-Mac) sekitar AS$20 bilion.

    "India dan Malaysia sedang dalam proses untuk memperkukuh rangka kerja bagi menjalankan perdagangan dalam mata wang negara," lapor akhbar Indian Express.

    Akhbar itu juga melaporkan bahawa kedua-dua pihak sedang "memulakan proses untuk menyemak semula Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (CECA) yang berusia 12 tahun bagi memasukkan domain dan item baharu."

    MENARIK:  Jabatan Negara AS keluarkan amaran untuk rakyatnya di luar negara

    Topik utama perbincangan ialah pengambilan pekerja India oleh Malaysia.

    "Antara perjanjian terpenting yang akan ditandatangani adalah memorandum persefahaman mengenai pengambilan, pekerjaan dan penghantaran pulang pekerja," lapor akhbar Hindustan Times.

    Terdapat 185,000 ekspatriat India di Malaysia, menurut laporan itu yang memetik data rasmi.

    Anwar dijadual menyampaikan syarahan bertajuk "Towards a Rising Global South - Leveraging on Malaysia-India Ties" anjuran Majlis Hal Ehwal Dunia India (ICWA), sebuah badan pemikir yang bernaung di bawah Kementerian Luar semasa lawatannya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah