27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir: 20 sekolah di Johor terjejas

    Shopee Sale

    Sesi pembelajaran di 20 sekolah di negeri ini terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan sejak pagi semalam.

    Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin berkata jumlah itu melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang setakat 12 tengah hari.

    Beliau berkata daripada 20 sekolah yang dilaporkan terjejas, tujuh daripadanya dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), dua dinaiki air dan 11 terputus hubungan.

    “Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau dan SK Kampung Maju Jaya dekat Johor Bahru dilaporkan dinaiki air dan operasi sekolah dihentikan sepenuhnya.

    “Sementara itu, ⁠SK Perigi Acheh di Johor Bahru dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nam Heng di Kota Tinggi serta sembilan sekolah di Kluang dilaporkan terputus hubungan.

    “Tujuh sekolah pula kita hentikan operasi kerana memberi laluan untuk dijadikan PPS bagi menempatkan mangsa banjir,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPS di SK Bukit Mutiara di Johor Bahru, hari ini.

    MENARIK:  Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri

    Aznan berkata semua sekolah yang telah digazet sebagai PPS telah bersiap sedia, susulan jangkaan berlaku pertambahan mangsa banjir.

    Beliau berkata walaupun sesi pembelajaran tidak berlangsung di sekolah yang terjejas namun kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan.

    “Setiap daerah memang ada sekolah yang sudah digazet untuk dijadikan PPS. Cuma, setakat ini sekolah-sekolah ini sudah diberi penekanan untuk bersedia kerana mungkin bila-bila masa sahaja akan ada mangsa banjir ditempatkan.

    “Kita juga sudah adakan beberapa siri perbincangan dengan kerajaan negeri dan Persekutuan untuk PPS yang libatkan sekolah ini dapat bersedia lebih awal sekiranya berlaku banjir,” katanya.

    “Setakat ini, seramai 101 murid di tiga daerah terjejas banjir direkodkan sebagai mangsa banjir,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah