26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azmin diumum jadi Setiausaha Agung PN

    Shopee Sale

    Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN mengesahkan pelantikan Azmin Ali sebagai setiausaha agung gabungan itu manakala Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai ketua penerangan.

    Menurut Azmin dalam kenyataan malam tadi, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat itu turut memaklumkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai ketua wanita parti berkenaan.

    Kata Azmin Bersatu menamakan Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Pengerusi PN manakala Mohd Radzi Jidin dan Ronald Kiandee sebagai anggota MPT PN selaras dengan keputusan pengundian parti itu baru-baru ini.

    "Mesyuarat MPT PN juga membincangkan dan mengambil maklum perkembangan politik semasa di Sabah dan mengambil ketetapan bahawa PN akan menyertai Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan diadakan selewat-lewatnya bulan Nov 2025," katanya.

    MENARIK:  Raja Charles, diplomat asing ucap tahniah Hari Kebangsaan

    Dia berkata PN Sabah diberikan tanggungjawab untuk membuat persiapan dan perbincangan dalam merangka strategi untuk membentuk kerajaan baharu di negeri itu.

    MPT PN juga, kata Azmin, menerima penubuhan Jabatan Dasar dan Strategi yang berperananan dalam semua isu-isu strategik dan pelan tindakan strategik serta bertanggungjawab kepada kaji selidik berkaitan isu semasa negara.

    Sementara itu, Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah