24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-kanak autisme lemas di taman tema air

    Shopee Sale

    Seorang kanak-kanak perempuan autisme berusia lima tahun ditemukan lemas di sebuah taman tema air di Bertam di Kepala Batas semalam.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Zulkeflee Sulaiman berkata ibu mangsa memberitahu anaknya hilang dari pandangan ketika sedang mandi bersama ahli keluarga yang lain kira-kira 3.30 petang.

    "Ibunya terus memaklumkan kepada pekerja di taman tema tersebut bagi mencari mangsa sebelum mayatnya ditemukan tidak lama kemudian dalam sebuah kolam yang sedang dalam pembinaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Beliau berkata terdapat air sedalam kira-kira satu meter dalam kolam berkenaan.

    MENARIK:  EAIC buat penjenamaan semula, perkenal logo baru

    Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibezah siasat sebelum dituntut keluarganya dan dibawa pulang ke Selangor.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah