33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Api masih menjulang lepas lebih tiga jam, polis tutup jalan

    Shopee Sale

    Polis telah menutup jalan masuk ke lokasi kebakaran melibatkan saluran paip gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, dengan api masih menjulang tinggi walaupun selepas lebih tiga jam kejadian dilaporkan berlaku.

    Pemantauan di Persiaran Harmoni mendapati pihak polis menutup laluan masuk ke lokasi dan orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan terbabit demi keselamatan.

    Polis juga meminta orang ramai yang berkumpul di laluan masuk ke lokasi untuk merakam gambar dan video keadaan terkini kebakaran supaya beredar dari situ.

    Tinjauan Bernama juga mendapati beberapa kenderaan bomba, polis dan ambulan dilihat keluar masuk ke lokasi berkenaan.

    Seorang wanita yang enggan namanya disiarkan berkata datuknya yang masih berada di dalam kawasan berkenaan telah dipindahkan oleh pihak berkuasa ke lokasi selamat.

    "Saya tidak dapat masuk ke dalam, tetapi dapat menghubunginya (datuk) menerusi telefon, dia beri tahu telah dipindahkan ke kawasan selamat," katanya.

    MENARIK:  Projek terowong: Saksi tidak dedah nama Guan Eng kerana sedang disiasat SPRM

    Sementara itu seorang penduduk berdekatan lokasi kejadian Harban Singh, 70, berkata kebakaran berlaku sekitar 8.25 pagi tadi semasa beliau sedang bersiap sedia untuk keluar berjoging.

    "Pada awalnya kita boleh lihat api menjulang tinggi. Sekarang dah hampir tiga jam, api masih tinggi tapi tidak setinggi yang tadi.

    "Bahangnya turut dirasai oleh penduduk kawasan ini. Kami dimaklumkan ada cermin rumah yang dah retak akibat bahang," katanya yang tinggal di USJ 9, Subang itu.

    Seorang penduduk Taman Tasik Prima, kira-kira 10 minit pemanduan dari lokasi kejadian K. Batmawathy berkata kawasan sekitar rumahnya turut terkesan dengan kebakaran itu.

    "Kawasan sekeliling rumah saya diliputi debu pasir akibat letupan. Saya menyedarinya ketika mahu bersiap pergi ke tempat kerja," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah