27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar undi kepimpinan baru PKR

    Shopee Sale

    Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan tanggungjawab mengundi secara fizikal bagi pengundian kepimpinan pusat parti di Berjaya Waterfront Hotel, di Johor Bahru hari ini.

    Anwar tiba kira-kira 12.07 tengah hari diiringi Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

    Turut hadir di pusat pengundian itu yang menjadi lokasi berlangsungnya Kongres Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2024/2025 ialah Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh, Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil, dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

    Dr Wan Azizah turut menunaikan tanggungjawab mengundi.

    Selesai mengundi, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra bersama perwakilan PKR serta petugas.

    Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat PKR berlangsung hari ini merangkumi pengundian bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK dan Majlis Pimpinan Wanita, yang bermula dari 8 pagi hingga 5 petang.

    Sebanyak 32,030 perwakilan layak mengundi merangkumi 22,936 secara dalam talian dan 9,094 secara fizikal.

    Selain Berjaya Waterfront Hotel, pengundian fizikal turut dilaksanakan di Kongres Wanita PKR yang berlangsung di Pusat Konvensyen Danga Bay, di Johor Bahru manakala bagi Sabah dan Sarawak, pengundian fizikal dilaksanakan di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) di Penampang serta Pusat Konvensyen Penview di Kuching.

    Pemilihan kali ini menyaksikan 251 calon menawarkan diri bertanding dalam pengundian, merangkumi 104 pencalonan bagi MPP, 85 calon bagi Majlis Pimpinan AMK dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.

    MENARIK:  Malaysia-Singapura runding semula isu bekalan air, sempadan maritim

    Perdana Menteri tidak dicabar bagi jawatan Presiden, manakala jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar dan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli selaku penyandang.

    Bagi jawatan Naib Presiden pula, 12 ahli telah mengemukakan pencalonan masing-masing, termasuk empat penyandang, iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan) dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

    Selain itu, Timbalan Ketua AMK Muhammad Kamil Abdul Munim yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan turut tidak dicabar bagi jawatan Ketua AMK, manakala jawatan Ketua Wanita PKR menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ketua Wanita yang juga Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dengan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail.

    Dr Zaliha sebelum ini berkata keputusan pengundian kepimpinan baharu dijangka diketahui paling awal malam ini atau 2.30 petang esok.

    Pada 9.25 malam ini, Anwar dijadual merasmikan Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini dengan dihadiri barisan kepimpinan parti dan perwakilan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah