26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar semak dengan perbendaharaan dakwaan mengenai Farhash

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyemak dengan Perbendaharaan mengenai dakwaan terhadap ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung pembelian saham sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion.

    Anwar berkata beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan, selepas mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu.

    “Saya akan semak butiran dengan Perbendaharaan dan keluarkan kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Ashabus Solihin, Taman Rakan di Kajang, semalam.

    Sebelum ini bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil, meminta polis menyiasat Farhash yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar kerana didakwa melalui syarikat pelaburan Rosetta Partners, telah membeli saham syarikat Heitech Padu sebanyak 16.1 juta unit, dianggarkan bernilai RM40 juta.

    MENARIK:  Kajian kompetensi DUN gubal undang-undang Islam sedia dibentang

    Terdahulu Anwar meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk sekitar Taman Rakan dan pelajar tahfiz di Masjid Ashabus Solihin, yang turut disertai oleh anaknya Nurul Izzah Anwar.

    Perdana Menteri yang tiba pada 6.50 petang dengan berbaju Melayu hijau muda, kemudiannya turut menyertai hadirin menunaikan solat fardhu Maghrib.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah