Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan kehadiran Timbalan Presiden parti itu, Rafizi Ramli, dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Pusat (MPP) yang berlangsung semalam.
"Semalam dia (Rafizi) hadir," kata perdana menteri kepada pemberita di Shah Alam.
Ditanya apakah Rafizi ada membangkitkan sebarang isu semasa mesyuarat itu, Anwar berkata, "Kami membincangkan keputusan itu dengan baik, Alhamdulillah."
Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai kedudukan Rafizi dalam kerajaan dan parti selepas dia dilaporkan mengambil cuti.
Tindakan itu mencetuskan khabar angin mengatakan Rafizi akan meletakkan jawatan, namun perkara tersebut dinafikan oleh PKR.
[Berita penuh menyusul]





