26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Petronas siasat insiden di tempat penyimpanan minyak FSO Sepat

    Shopee Sale

    Petronas pada Isnin mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai Terengganu yang membabitkan empat pekerja kontraktor.

    “Dukacita dimaklumkan bahawa tiga pekerja telah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada kira-kira jam 5.57 petang semalam manakala seorang lagi petugas yang cedera sudah dipindahkan bagi menerima rawatan perubatan dan masih di bawah pemerhatian,” menurut syarikat minyak dan gas negara itu dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Muruku laris menjelang Deepavali

    Menurut Petronas, siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan dan dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkaitan.

    “Petronas merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja mangsa yang meninggal dunia. Keutamaan segera syarikat ini adalah untuk memberi sokongan terhadap kebajikan mereka yang terjejas,” menurut syarikat itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah