30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan

    Shopee Sale

    Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.

    Beliau yang juga perdana menteri berkata pengundian yang dipercepatkan akan membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dan pemimpin lama untuk berganding bahu menguruskan parti dengan lebih efektif.

    Anwar berkata keputusan untuk tidak menangguhkan pengundian diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik parti semalam, memandangkan penangguhan tidak diperlukan kerana tarikh jangkaan untuk Pilihan Raya Umum ke-16 masih jauh.

    MENARIK:  Semantan Estate gagal dapat dokumen taksir ganti rugi Enklaf Duta

    “Ada keperluan membina generasi dalam kalangan angkatan muda, wanita. Mereka mesti diberi lebih ruang, cabang-cabang juga begitu, jadi kita harus melihat kemungkinan menyegerakan pengundian parti.

    “.. tetapi tidak dengan cara dahulu, hiruk pikuk dan kacau bilau.

    "Kena ikut peraturan, jadi kita sedang kaji (mekanisme pengundian),” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perasmian Konvensyen Keadilan Perak di Ipoh hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah