30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar: Kuasa adalah amanah bukan keistimewaan

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan, yang perlu dipikul sebaiknya untuk rakyat.

    Anwar yang juga Presiden PKR berkata parti itu berpasak atas semangat islah yang kuat, iaitu usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada keadaan yang betul, tepat dan sesuai.

    "Justeru, hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan.

    "Tugas dan tanggungjawab yang digalas hari ini adalah amanah yang mesti kita pikul sebaiknya dengan matlamat membawa perubahan yang bermakna," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook PKR hari ini.

    Anwar seterusnya mengucapkan selamat ulang tahun ke-25 kepada semua anggota dan pimpinan parti.

    MENARIK:  Lelaki pandu lori lawan arus sejauh 150km ditahan

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah