30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Angka korban akibat serangan Israel di Gaza lepasi 33,000

    Shopee Sale

    Sekurang-kurangnya 33,037 warga Palestin maut dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, kata Kementerian Kesihatan di kawasan enklaf yang dikepung itu pada Khamis, lapor Agensi Anadolu (AA) .

    Menurut kenyataan kementerian itu seramai 75,668 rakyat Palestin juga cedera dalam serangan itu.

    “Serangan ke atas Israel membunuh sekurang-kurangnya 62 orang dan 91 lagi dalam tempoh 24 jam lepas,” katanya.

    “Masih ramai yang terperanangkap di bawah runtuhan dan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” kata kementerian itu lagi.

    Serangan Israel yang memasuki 181 hari telah mengakibat 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain berhadapan kekurangan makanan, air bersih dan bekalan ubat-ubatan yang akut sementara 60 peratus daripada infrastruktur enklaf itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    MENARIK:  Tinjauan: Makin ramai berpandangan Malaysia salah hala tuju

    Israel didakwa melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang pada minggu lepas mengarahkannya supaya bertindak untuk mengelakkan kebuluran di Gaza.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah