Menteri Besar sementara Negeri Sembilan Aminuddin Harun sah akan bertanding di DUN Linggi bagi mewakili PH dalam pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos nanti.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dalam majlis pengumuman calon yang berlangsung di Kuala Pilah, malam ini.
Turut diumumkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang akan mempertahankan DUN Chennah yang disandangnya.





