26.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amang seksual: Polis selesai rakam keterangan pelakon, penyanyi

    Shopee Sale

    Polis Selangor selesai merakam keterangan seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, baru-baru ini.

    Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata siasatan mendapati perlakuan itu adalah yang pertama kali dilakukan suspek terhadap mangsa yang dikenali beberapa bulan lepas.

    “Suspek dan mangsa yang juga pelajar telah berkenalan sejak satu atau dua bulan lepas. Mereka pernah berhubung dan ini kali pertama suspek bawa mangsa ke hotel.

    "Ini juga kali pertama suspek melakukan amang seksual,” katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

    Hussein berkata suspek telah ditahan dan dirakam keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

    MENARIK:  3,164 sekolah kurang murid dikesan setakat Nov 2025 - Wong

    Dia berkata kertas siasatan hampir lengkap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

    Selasa lepas, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah