28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar

    Shopee Sale

    Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini lancar, dengan tiada sebarang kesesakan teruk dilaporkan berlaku.

    Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara) dan Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan), keadaan dilaporkan terkawal manakala di Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) berlaku sedikit peningkatan jumlah kenderaan.

    “Setakat ini, semua laluan lebuh raya bergerak lancar kecuali di bahagian selatan tanah air iaitu di Tangkak, Johor menuju Jasin, Melaka yang terdapat peningkatan jumlah kenderaan,” katanya kepada Bernama.

    Beliau berkata aliran trafik Plaza Tol Karak menghala Pantai Timur juga mulai sesak, disebabkan orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing susulan tol percuma selama dua hari bermula hari ini.

    MENARIK:  Wan Saiful tuntut RM10 juta dari Tun Faisal: Isu Jana Wibawa meletup?

    Akaun rasmi Twitter PLUS Trafik pula memaklumkan terdapat kemalangan yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di lebuh raya antaranya di Kilometer(KM) 172.9 arah utara dari Tangkak ke Jasin dan KM265.7 arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U), menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah