26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AKPS rampas ubat tidak berdaftar bernilai lebih RM85,000 di KLIA1

    Shopee Sale

    Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya mematahkan percubaan menyeludup masuk ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai lebih RM85,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1), semalam.

    Dalam satu kenyataan hari ini, agensi itu berkata bahawa ini susulan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang bertugas mengesyaki imej imbasan empat buah bagasi milik seorang lelaki warganegara Bangladesh.

    "Susulan itu bagasi tersebut diserahkan kepada Pasukan Penguatkuasa Farmasi AKPS untuk pemeriksaan lanjut.

    "Hasil pemeriksaan terperinci, menemui lebih 60,000 unit ubat-ubatan daripada 30 jenis berbeza yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    MENARIK:  ULASAN | Isu papan tanda: Aneh dan pelik menteri Wilayah masih diam

    "Bekalan ini dipercayai dibawa masuk untuk dijual dalam pasaran gelap kepada rakan senegaranya," kata agensi itu.

    Tambahnya, antara rampasan utama termasuklah ubat-ubatan yang mengandungi racun terkawal dan psikotropik, 1,000 tiub krim antikulat serta 20,000 biji ubat rawatan gastrik.

    "Kesemua ubat-ubatan tersebut telah dirampas dan diserahkan semula kepada JKDM untuk siasatan lanjut.

    "Mengikut prosedur, barangan rampasan akan dilucut hak dan dilupuskan dalam tempoh sebulan," kata agensi itu lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah