27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akmal patut berhujah, jangan 'marah-marah' – Prof Rom Nain

    Shopee Sale

    Seorang lagi ahli akademik tampil menasihatkan Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh berikutan seruannya mengerahkan anggota pergerakan itu di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap Malaysiakini dan kolumnisnya Andrew Sia.

    Langkah Akmal itu susulan artikel Sia yang melabelkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai "akademi apartheid"

    Zaharom Nain, seorang profesor kajian media dan komunikasi (gambar bawah) berkata mereka yang tidak bersetuju dengan kandungan artikel itu perlu menyediakan pandangan alternatif.

    “Sia mengatakan sesuatu yang telah mencetuskan kemarahan (set the cat among the pigeons) dengan menulis satu pendapat polemik, dalam kecenderungan sebahagian besar artikelnya itu.

    “Kita, sebaliknya, sepatutnya melihatnya dari segi itu dan, jika kita berasa sangat menentang pendapatnya, libatkan dia, cabar dia dengan pandangan alternatif. Inilah cara wacana beradab oleh individu yang matang.

    “Kita tidak sepatutnya menunjukkan kemarahan terhadapnya (go screaming blue murder) dan membuat ugutan dan laporan polis kerana itu adalah cara kekanak-kanakan, pengecut, pembuli dan samseng,” tambahnya.

    Zaharom juga menggesa Akmal melatih fokusnya terhadap soalan yang lebih penting.

    “Dalam hal ini, orang seperti Akmal harus benar-benar menyalurkan tenaga dan kebimbangan mereka kepada persoalan mengapa selepas 53 tahun DEB (Dasar Ekonomi Baru) dan walaupun dengan institusi seperti UiTM, bumiputera masih membentuk majoriti B40?

    “Berapa banyak yang telah beliau lakukan selama ini untuk rakyat Malaysia miskin yang masih ada ini?

    “Ironisnya, dia dan seangkatan dengannya adalah orang yang bermati-matian cuba mengeluarkan bekas bosnya dari penjara kerana melakukan jenayah keji mencuri berjuta-juta, mungkin berbilion-bilion ringgit, daripada kita semua,” katanya merujuk kepada sabitan dan perbicaraan kes terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

    MENARIK:  Kes tahanan rumah Najib: NGO gesa prosiding mahkamah terbuka

    Semalam, Akmal berkata langkah membuat laporan polis itu dibuat sebagai tindak balas kepada tulisan Sia yang diterbitkan oleh Malaysiakini kelmarin apabila kolumnis terbabit melabelkan UiTM sebagai "akademi aparteid".

    "(Ini) merupakan keceluparan yang wajib diajar," tegas exco kerajaan Melaka itu lagi.

    Akmal juga menuntut Sia wartawan veteran yang pernah berkhidmat dengan The Star itu membuat permohonan maaf secara terbuka atas tulisannya, manakala Malaysiakini dituntut menurunkan artikel berkenaan dari laman sesawangnya.

    Dengan menuduh UiTM sebagai institusi aparteid, katanya, Sia telah menghina legasi institusi pendidikan bumiputera dan menyakiti orang Melayu.

    Menegaskan institusi pengajian tinggi (IPT) itu ditubuhkan untuk membantu bumiputera mengejar pendidikan dan bukan untuk menindas sesiapa, Akmal berkata, di negara ini sekolah vernakular juga diberikan peruntukan oleh kerajaan

    Terdahulu, seorang lagi ahli akademik, Profesor Tajuddin Rasdi menjelaskan bagaimana istilah "apartheid" digunakan untuk menggambarkan dasar diskriminasi secara umum.11

    “Kalau seseorang itu menggunakan sesuatu perkataan, ia ada satu maksud yang khusus.

    “Tetapi kalau kita menambah-nambahkan, mengandai-andaikan perkataan itu, maka ia boleh menjadi sesuatu yang besar,” katanya.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah