27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akauntan didenda RM4,500, pasang kamera intip wanita dalam tandas

    Shopee Sale

    Seorang akauntan muda didenda RM4,500 kerana memasang kamera litar tertutup (CCTV) secara sembunyi-sembunyi dalam tandas untuk mengintip rakan sekerja.

    Mahkamah Majistret Melaka menjatuhi hukuman itu selepas Chong Soon Hoe, 25, mengaku mengaibkan kehormatan wanita itu dengan tindakannya itu, Selasa lepas.

    Berdasar fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai ejen cukai menjumpai CCTV itu dalam plastik tisu dalam tandas di pejabat mereka dalam daerah Melaka Tengah pada 4.30 petang.

    Wanita 28 tahun itu justeru membuat pemeriksaan dan mendapati Chong yang memasang peralatan rakaman itu.

    Selain itu, terdapat juga rakaman mangsa yang bertugas sebagai ejen cukai ketika berada dalam tandas. 

    Menurut laporan media, Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman memerintahkan Chong dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda terhadap kesalahan bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

    Kesalahan itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

    MENARIK:  'Utamakan siasat gangguan seksual, bukan sidang media'

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian manakala tertuduh diwakili peguam Kent Tan Chow Teng.

    Tan memohon mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik kepada anak guamnya kerana ia adalah kesalahan pertama dan tertuduh mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Singapura.

    Peguam itu juga berhujah, tertuduh seorang pemegang ijazah kelas pertama dalam bidang perakaunan, masih muda, tiada rekod kesalahan serta menjaga ibu bapa yang menghidap darah tinggi dan kencing manis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah