30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ahli politik ancaman terbesar pada Perlembagaan – Tengku Maimun

    Shopee Sale

    Bagi bekas Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, ahli politik merupakan ancaman terbesar kepada Perlembagaan Persekutuan, menegaskan semula pendiriannya bahawa Perdana Menteri tidak boleh terlibat dalam pelantikan kehakiman.

    Menjawab soalan hadirin dalam satu acara di Allianz Centre for Governance (ACG), Kuala Lumpur hari ini, Tengku Maimun berkata ahli politik sendiri yang mengancam kesucian dan keluhuran Perlembagaan.

    “Ancaman paling besar adalah ahli politik. Maaf, saya fikir lebih baik saya tak huraikan dengan lanjut (berkenaannya),” katanya, disambut ketawa kecil para hadirin.

    MENARIK:  Dasar k'jaan satu peratus peluang kerja bantu warga emas, bekas banduan

    Walaupun cuba meredakan kenyataannya dengan senyuman sinis, Tengku Maimun berkata sementara dia tidak pernah berdepan “campur tangan” mana-mana pihak ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, keadaan berbeza ketika dia menjadi Ketua Hakim Negara.

    “Menjelang penghujung tempoh saya sebagai Ketua Hakim Negara, ada tanda-tanda cubaan campur tangan,” katanya tanpa mendedahkannya dengan lebih lanjut.

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah