30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KK Mart cawangan Jalan Satok pula dilempar molotov cocktail

    Shopee Sale

    Satu lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart menjadi sasaran keganasan. Kali ini ia berlaku di Jalan Satok, Kuching, Sarawak.

    Ia berlaku sehari selepas kejadian serangan sama - menggunakan molotov cocktail - dilaporkan.

    Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah yang mengesahkan kejadian, zx melaporkan serangan tersebut berlaku semalam.

    Ketika ini, kata Ahsmon, siasatan lanjut sedang dijalankan.

    “Polis menerima laporan daripada pekerja kedai berusia 25 tahun yang melaporkan bahawa molotov cocktail itu menyebabkan kotak berisi minuman yang diletakkan di lima kaki di hadapan kedai itu terbakar,” katanya.

    Menurut Ashmon, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat mendatangkan kerosakan.

    Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Bayaran lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM

    Pada Sabtu lalu KK Mart di Kuantan menjadi mangsa kedua serangan bom buatan sendiri itu. Ia menyusuli serangan pertama yang direkodkan di Bidor, Perak pada 26 Mac lalu.

    Setakat ini tiada seorang pun pelaku yang dikenal pasti.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah