Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar polis menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
Sultan Ibrahim bertitah baginda memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di dalam media massa berkaitan rumah amal berkenaan.
“Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah seri paduka baginda kepada Royal Press Office hari ini.
[Berita penuh menyusul]





