30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Malaysia

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia.

    Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

    Seri Paduka Baginda turut mendoakan Malaysia terus dilindungi, diberkati dan dikurniakan kemakmuran yang berkekalan.

    “Toleransi dan hormat-menghormati sesama kita tanpa mengira agama dan bangsa menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.

    “Saya sentiasa menekankan bahawa perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat berbilang kaum adalah hadiah paling bermakna buat saya,” titah Sultan Ibrahim.

    MENARIK:  MB Perak nasihat orang ramai usah terpedaya akaun palsu di TikTok

    Hari Malaysia yang disambut 16 Sept setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia.

    Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaaan akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah, malam ini.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah