31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adun Rawang dakwa ketua bahagian MIC ‘menyusup masuk’ PKR

    Shopee Sale

    Seorang wakil rakyat PKR hari ini mendakwa pertandingan bagi merebut jawatan dalam parti itu dicemari oleh penyertaan individu yang tidak sepatutnya apabila dia cuba mencampuri urusan pengundian.

    Adun Rawang, Chua Wei Kiat, mendakwa ada seorang pemimpin MIC menyertai PKR pada Okt tahun lalu sebagai langkah untuk mempengaruhi proses pengundian parti berkenaan.

    Chua - yang bertanding untuk jawatan Ketua Cabang PKR Selayang - berkata proses pendaftaran keahlian PKR bukanlah sesuatu mudah dan tidak boleh dilakukan dengan cuai.

    Antara proses yang perlu dilakukan, katanya, termasuklah perlu memuat naik gambar kad pengenalan dan pengesahan wajah secara langsung.

    "Tindakan ini bukan suatu kes terpencil," katanya.

    Malaysiakini tidak dapat mendedahkan identiti pemimpin MIC peringkat bahagian yang didakwa Chua itu sehinggalah mendapat reaksi daripada individu terbabit.

    MENARIK:  DBKL jual tanah tanpa pengetahuan kuil, dakwa peguam

    Chua yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR mendakwa tidak dapat dipastikan ada berapa ramai ahli MIC yang aktif sudah menyertai PKR setakat ini.

    "Ia dilihat sebagai satu gerakan terancang untuk menyusup masuk ke dalam PKR dengan tujuan mempengaruhi proses pengundian Cabang Selayang.

    "Campur tangan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan parti luar yang cuba mengambil kesempatan terhadap sistem dalaman parti kita," tambahnya.

    Menurut Chua dia membuat laporan polis berhubung perkara itu dan akan membuat aduan rasmi kepada pimpinan PKR dan MIC untuk tindakan selanjutnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah