30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    76 peratus rakyat Terengganu alami isu berat badan berlebihan

    Shopee Sale

    Sebanyak 76 peratus atau kira-kira 988,000 orang daripada 1.3 juta rakyat Terengganu mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

    Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Dr Kasemani Embong berkata jumlah itu didapati meningkat 15.2 peratus berbanding 60.8 peratus pada 2011.

    Katanya apa yang lebih membimbangkan ialah satu daripada tiga remaja di negeri itu dikesan mengalami masalah berat badan akibat amalan pemakanan serta gaya hidup tidak sihat.

    "Situasi ini merisaukan pihak kesihatan kerana boleh meningkatkan lagi risiko dan kadar penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, jantung, buah pinggang dan darah tinggi yang sudah sedia tinggi.

    "Dalam kalangan remaja, gaya hidup hari ini yang sentiasa melekat dengan gajet dan pelbagai pilihan makanan tidak sihat menyebabkan semakin ramai mengalami masalah berat badan," katanya pada program larian ria sempena Kempen Kesedaran Obesiti 2025 Agenda Negeri Terengganu Sihat di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu hari ini.

    MENARIK:  Video latihan simulasi: Orang ramai dinasihat tidak panik - polis

    Sehubungan itu, Kasemani berkata JKNT sedang memperhebatkan penganjuran program kesedaran termasuk kempen War On Sugar bagi mengingatkan orang ramai tentang bahaya gula tersembunyi dalam makanan dan minuman ringan.

    Dia berkata amalan minum air kosong dan penyediaan makanan secara sihat di rumah adalah antara langkah yang boleh diambil bagi mengelak pengambilan gula tambahan.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah