27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    70 mangsa kebakaran Putra Heights terima bantuan sewa rumah

    Shopee Sale

    Kerajaan Selangor telah menyalurkan bantuan bayaran sewa rumah selama tiga bulan kepada 70 mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini.

    Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Borhan Aman Shah berkata bantuan sebanyak RM2,000 sebulan itu disalurkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara pemindahan terus ke akaun mangsa yang terlibat.

    "Arahan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari adalah untuk memastikan bantuan ini terus dimasukkan ke dalam akaun mereka. Sebanyak tiga bulan bantuan, iaitu RM6,000, telah disalurkan secara langsung," katanya kepada pemberita selepas majlis peluncuran Kampung Angkat Madani: Kampung Labu Lanjut di Sepang, hari ini.

    Borhan Aman Shah

    Borhan berkata jumlah penerima bantuan sewa rumah itu dijangka meningkat mulai minggu depan kerana proses pengagihan bantuan sedang dijalankan dengan teliti oleh pelbagai pihak.

    MENARIK:  Perhilitan K'tan tangkap gajah liar di Kampung Laloh

    "Terdapat beberapa kekangan teknikal kerana bantuan perlu dipindahkan ke akaun mangsa masing-masing," tambahnya.

    Sebelum ini, Amirudin dilaporkan berkata seramai 396 ketua isi rumah yang terlibat dalam insiden kebakaran di Putra Heights layak menerima bantuan sewa rumah selama enam bulan dengan bayaran RM2,000 sebulan.

    Kebakaran pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur lebih daripada 40 peratus, 81 rumah lagi separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar, dan 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah, Puchong.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah