26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    51 rumah setinggan diroboh, 6 warga asing ditahan di Kota Kinabalu

    Shopee Sale

    Sebanyak 51 rumah setinggan dirobohkan dan enam warga Filipina dipercayai pendatang, ditahan dalam satu operasi di sebuah penempatan di Kota Kinabalu, petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata operasi dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu itu turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (Jans), Jabatan Tanah dan Ukur, serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Beliau berkata pendatang yang ditahan berusia antara 25 hingga 50 tahun, dan akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63.

    “Operasi ini akan diteruskan pada masa akan datang, sebagai usaha membanteras jenayah, pendatang, penyalahgunaan dadah dan gejala sosial di daerah Kota Kinabalu,” katanya menerusi kenyataan.

    MENARIK:  Aktivis tuntut Akmal, empat lain diharamkan ke Sarawak, Sabah

    Kasim turut menasihatkan orang ramai untuk tidak bersekongkol dengan mereka yang terlibat dengan perbuatan jenayah.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah