27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    51 penuntut Kolej Profesional Mara di Melaka keracunan makanan

    Shopee Sale

    Sebanyak 51 penuntut Kolej Profesional MARA Ayer Molek di Melaka mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan di kafe institusi itu, dua hari lepas.

    Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata 36 penuntut perempuan dan 15 lelaki itu mengalami sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam sebelum dikejarkan ke Hospital Jasin dan Klinik Kesihatan Ayer Molek.

    Sehubungan itu, beliau berkata tujuh kafe yang menjual pelbagai menu makanan di kolej berkenaan telah diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Melaka selama 14 hari bermula 6.30 petang, semalam.

    "Pejabat Kesihatan Melaka Tengah telah hadir ke kolej dan menjalankan pemeriksaan dan siasatan, namun tiada punca spesifik dapat dikenal pasti kerana kesemua pelajar mengatakan mereka makan pelbagai menu yang dijual di kesemua kafe yang beroperasi di institusi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Perbicaraan kes hasutan Chegu Bard bermula 26 Nov

    Justeru, Rahmad berkata Jabatan Kesihatan Melaka terpaksa mengambil keputusan menutup operasi kesemua kafe bagi tujuan pembersihan dan sanitasi sekali gus memutuskan rantaian keracunan yang berlaku.

    Beliau berkata pihak kolej juga telah membawa masuk vendor makanan dari luar bagi memudahkan hampir 400 pelajar yang berada di institusi itu mendapat akses makanan dan minuman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah