26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    5,000 pemimpin akar umbi dijangka hadir sambutan 50 tahun BN

    Shopee Sale

    Seramai 5,000 pemimpin akar umbi Barisan Nasional (BN) dari  seluruh negara dijangka hadir pada Sambutan 50 Tahun BN yang akan diadakan pada 7 Dis (Sabtu) depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. 

    Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tarikh sambutan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu, Rabu lepas.

    “Pelbagai acara telah dirancang dan kira-kira 5,000 pemimpin akar umbi BN dari seluruh negara dijangka hadir,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

    MENARIK:  'Bapa Rahmah', Salahuddin terus diingati lepas setahun pemergian

    Dalam pada itu, Zambry berkata mesyuarat itu turut membincangkan mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum Oktober 2025.

    “BN akan sentiasa memantau perkembangan semasa politik Sabah dalam memastikan gerak kerja dan peranancangan menghadapi PRN berkenaan akan dapat mengukuhkan kedudukan parti di negeri berkenaan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah