35.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    4,194 kes kebankrapan penjawat awam antara 2020 hingga Jun 2025

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan 4,194 kes kebankrapan membabitkan penjawat awam direkodkan antara 2020 hingga Jun 2025, iaitu sekitar 0.3 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

    Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata bagi membantu penjawat awam yang berdepan masalah kewangan serius, kerajaan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan khidmat nasihat, bantuan pengurusan kewangan serta program penstrukturan semula pembiayaan.

    “Bagi pegawai baharu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan Program Transformasi Minda (PTM) yang memberi pendedahan awal tentang pengurusan kewangan peribadi bagi memastikan mereka mampu mengurus hutang secara berhemah.

    “Selain itu, penjawat awam tertakluk kepada peraturan yang menetapkan gaji bersih bulanan tidak boleh kurang daripada 40 peratus, bagi mengelak mereka berada dalam keberhutangan kewangan yang serius,” katanya.

    MENARIK:  Tarik BN keluar: Pertemuan bukan dengan Shahidan saja, kata Zahid

    Beliau menjawab soalan daripada Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai langkah kerajaan terhadap trend peningkatan hutang isi rumah yang membimbangkan, khususnya dalam kalangan penjawat awam.

    Beliau berkata setakat Mac 2025, jumlah hutang isi rumah negara mencecah RM1.65 trilion atau 84.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

    “Namun, ia kekal terkawal secara makro kerana aset kewangan isi rumah pada tempoh sama berjumlah RM3.45 trilion, iaitu 2.1 kali ganda melebihi hutang,” katanya.

    Mengulas isu perumahan yang menjadi komponen terbesar hutang isi rumah iaitu 61.1 peratus, beliau berkata kerajaan menyediakan pelbagai skim pemilikan rumah mampu milik termasuk Residensi Madani dan PR1MA, dengan mengambil kira situasi khusus seperti di Johor Bahru yang berdepan kos sara hidup tinggi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah